Lirik Lagu Buai Bunga

Lirik lagu buai daripada Bunga

Lagu terbaru daripada Bunga yang bertajuk buai. Video muzik rasmi lagu buai oleh Bunga ini telah dikeluarkan di YouTube pada 1 Disember 2022.

Lirik Lagu Buai Bunga

Song: Buai
Artist: Bunga
Composer: Amzar Razqa, Muariffah, Sabbala, Bunga, Amsyar Razqa
Lyric: Sabbala, Bunga, Muariffah

---

Buai-buai, buai ku laju 
Buai oh buai, buai ku laju 

Bagai terbuai-buai, buai-buai 
Laju sampai ke pokok sena, 
Khayalanku angkasa, 
Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai 
Takut jatuh merana 

Kecik cili padi dia sangka aku budak yang, 
Baru lepas belajar merangkak dan, 
Terpaksa kata ‘ya’ tak pandai kata ‘tak’ 
Kalau nak berjaya ikut kata apa dia nak 

Air beriak tanda tak dalam 
Jadi aku elak, banyakkan berdiam 
Simpan dalam hati moga terisi nanti, 
Bukan lembu dicucuk hidung nak ikut suka hati 

Silap mata takpe, jangan silap mulut 
Hidup macam graf ada naik turun, 
Cuma nak bebas walau berbaju kurung, 
Tetap usaha dan kalau tak dapat harini try esok, 
Lurus dan belok, 
Yang penting cuba dapat yang elok, 
Dan belajar untuk tak berharap, 
Duduk bandar masih banyak perangkap 

Bagai terbuai-buai, buai-buai 
Laju sampai ke pokok sena, 
Khayalanku angkasa, 
Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai 
Takut jatuh merana 

Seakan mampu capai, 
Nampak gah mahligai siap singgah sana, 
Buai laju laju lagi, 
Biar melambung mimpi, 
Janji yang terbaik ku berikan untuk keluarga, 

Benda takkan settle fikir orang (yang) 
Tak suka pandang korang mara depan (nah) 
minta jatuh sakit takleh bangkit balik, 
Beruntung doa mama tuhan kurnia penuh sakti, 
Moga lindungilah daku nanti, 
Selama di bumi, dengan sekalian, 
Patutnya makin jadi bersyukur, 
Mereka ada waktu tengah tak asyuk, 
Dah jelas bukan wang kertas buatkan buai ku asyik, 
Walau tersungkur takkan lama termenung, 
Memang ‘sal hendak mengubah nasib 

Bagai terbuai-buai, buai-buai 
Laju sampai ke pokok sena, 
Khayalanku angkasa, 
Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai 
Takut jatuh merana 

Bagai terbuai-buai, buai-buai (buai-buai) 
Laju sampai ke pokok sena, (buai oh buai) 
Khayalanku angkasa, 
Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai (buai-buai) 
Takut jatuh merana (buai oh buai) 

Jadi kena atur, sebelum semuanya menjadi kelam kabut 
Jika dalam kabus cari jalan keluar, 
Pastinya mudah 
Takkan aku terpedaya denganmu 
Dan terbuai, tak terbuai 

Bagai terbuai-buai, buai-buai (buai-buai, buaiku laju) 
Laju sampai ke pokok sena, 
Khayalanku angkasa, 
Dan tinggi dibuai, nyaris ku cuai (buai oh buai, buaiku laju) 
Takut jatuh merana

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post